Portal berita terbaik anda

Politik

Mat Sabu rayu orang Melayu pilih PH, penyatuan UMNO-Pas longgar

PRESIDEN Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu merayu rakyat terutamanya orang Melayu supaya menyokong Pakatan Harapan (PH) kerana gabungan UMNO dan PAS hanya bersifat sementara.

Mohamad menjelaskan, pada peringkat awal ini, gabungan dua parti terbesar orang Melayu itu mampu memberi kesan terhadap PH tetapi yakin ia tidak akan bertahan lama.

Justeru katanya, PH akan merayu kepada orang Melayu supaya terus menyokong parti kerajaan bagi menyeimbangkan agihan kerusi Melayu dan bukan Melayu di Parlimen.

“Ertinya kalau mereka (UMNO-PAS) terus kuat mereka akan menang banyak kerusi PH memerintah Malaysia tetapi kerusi-kerusi Melayunya akan kurang.

“Oleh itu kita merayu kepada masyarakat, kita mahu orang Melayu banyak dalam PH dan kerusi-kerusi parlimen banyak dimenangi oleh orang Melayu untuk memberi kerajaan yang seimbang kepada masa akan datang,” katanya dipetik Astro AWANI dalam satu temubual.

Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu memberitahu, beliau sangat yakin dalam tempoh tiga tahun akan datang, gabungan UMNO dan PAS akan semakin longgar manakala PH akan terus menguasai pentadbiran negara.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, PH akan berusaha mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi Melayu dalam gabungan itu bagi memastikan kerajaan yang seimbang pada masa akan datang.

Pada Sabtu, UMNO dan Pas memeterai piagam kerjasama, yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional, di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Piagam tersebut ditandatangi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Loading...

1 Comment

  1. Longgar la ketat la bang mat dah ucap dulu ..klau bang at keluar Dari pas dan tubuh parti baru pada ketika itu hgpa jgn ikut Aku kerana pada Masa itu Aku dah Tak betul, hgpa tetap la dgn pas. Nak ikut nasihat bg mat buat apa lg bg mat dah Tak betoi.

Leave a Reply