Portal berita terbaik anda

Utama

‘Dia nampak comel’ – Remaja kembar minat Mat Sabu

TEMERLOH – “Sebab nampak comel,”

Itu alasan adik-beradik kembar, Ahmad Azhar dan Ahmad Aidil,12 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kemahal, Bentong menghantar kad ucapan sempena kemerdekaan kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Ternyata pilihan kembar tersebut tepat apabila impian memiliki basikal lajak tercapai selepas presiden Amanah itu menunaikan hajat mereka.

Paling bermakna Mohamad Sabu sendiri menyerahkan basikal itu sempena sambutan ulang tahun Amanah di Dewan Tun Razak, hari ini.

Ketika ditanya pemilihan menteri terbabit, Adha memberitahu Mohamad Sabu seorang yang comel pada pandangan dia dan adiknya kembarnya, Aidil.

“Tak sangka impian kami tercapai dapat memiliki basikal sendiri.Kami akan gunakan untuk bawa ke sekolah,” katanya dia dan adiknya berhasrat menjadi anggota bomba suatu hari nanti.

Ibunya, Nor Ismah Aziz, 44 memberitahu dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai majlis penyerahan basikal tersebut minggu lalu.

Katanya,dia tidak menyangka hasrat anak kembarnya daripada lapan beradik itu ditunaikan oleh seorang menteri.

“Macam tak percaya pada mulanya namun hari ini dapat berjumpa sendiri dan terharu anak-anak saya diraikan sebegini,” kata kerani sekolah itu lagi yang hadir bersama suaminya,Azman Alias, 52 ke majlis tersebut.

Dalam pada itu Guru Besar sekolah, Rozita Sudin memberitahu pihak sekolah menganjurkan majlis tersebut sempena bulan kemerdekaan menggunakan sampul surat percuma yang ditawarkan oleh Pos Malaysia.

“Pada hari itu semua murid iaitu 208 menghantar ucapan dan impian mereka mengikut tokoh pilihan masing-masing.

“Kita terharu dan berterima kasih kerana impian mereka ditunaikan oleh Yang Berhormat (Mohamad Sabu),” katanya.

Sementara itu,latar belakang keluarga itu yang kurang berkemampuan serta menggunakan basikal tidak sesuai dengan fizikal mereka menyebabkan Menteri Pertahanan berbesar hati menunaikan impian kembar terbabit.

Loading...

Leave a Reply