Portal berita terbaik anda

Utama

Mat rempit ditahan diberi tazkirah, solat subuh berjemaah

KEMAMAN – Polis daerah ini terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan lumba haram dengan menahan 33 lagi penunggang motosikal dalam operasi khas motosikal Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Kilometer 119 Jalan Kuala Terengganu- Kuantan awal pagi ini.

Operasi enam jam berakhir pukul 5.50 pagi itu dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman diterajui ketuanya, Asisten Superintendan Zul Ilham Abd, Rahim sambil dibantu para pegawai dan 45 anggota termasuk Bahagian Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, kesemua mereka dibawa ke IPDKemaman untuk diambil keterangan sebelum diberi tazkirah dan dibawa menunaikan solatsubuh berjemaah selain membaca surah Yasin di Masjid Sultan Ahmad Shah di sini pagi tadi.

“Mereka yang ditahan termasuk kalangan pelajar dan pekerja swasta yang berusia lingkungan 16 hingga 33 tahun.

“Malah mereka sering menjadikan Khamis sebagai hari untuk berkumpul bersama rakan-rakandan seterusnya melakukan aksi berbahaya di jalan raya sebelum berlumba,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, Ini merupakan operasi kali kedua dilakukan IPD Kemaman dan kali pertama pada 27 Julai lalu dengan 79 mat rempit diberi tazkirah dan dibawa menunaikan solat Subuh berjemaahserta membaca Yasin di masjid sama.

Menurut Mohd. Said, antara kesalahan yang dilakukan ialah menunggang motosikal secara berbahaya, tidak mempunyai lesen memandu yang sah, cukai jalan yang tamat tempoh dan tiada cermin pandang belakang. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply