Portal berita terbaik anda

Utama

Mat motor sanggup redah pasir pantai elak ditangkap polis

BESUT – Sekumpulan ‘mat moto’ panik apabila menyedari kehadiran polis di kawasan peranginan pantai Bukit Keluang, di sini kira-kira 3 petang tadi.

Difahamkan, lebih 15 orang sanggup menunggang motosikal masing-masing ke arah pantai dan laluan berpasir untuk melarikan diri selepas kehadiran polis secara mengejut itu.

Video mengenai keadaan itu turut tular di Facebook (FB).

Bagaimanapun, difahamkan kehadiran polis di kawasan berkenaan hanyalah rondaan biasa pihak keselamatan terbabit di kawasan tumpuan orang ramai.

Polis sentiasa meningkatkan rondaan di kawasan tumpuan awam terutama pada musim cuti panjang untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini bukannya operasi khas mat rempit.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Besut Asisten Superintendan Abd Halim Abdullah ketika dihubungi mengesahkannya.

Sementara itu, beliau berkata, Op Ambang Merdeka yang dijalankan pihaknya semalam berjaya menahan 18 motosikal atas pelbagai kesalahan terutama mengubah nombor pendaftaran motosikal.

“Berbanding tahun lalu, operasi yang sama hanya merampas sembilan motosikal saa.

“Antara kesalahan lain yang paling banyak dilakukan ialah ubah suai motosikal tidak mengikut peraturan yang ditetapkan dan tiada lesen memandu,” katanya.

Loading...

Leave a Reply