Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Masjid Kristal kini sangat menyedihkan

Masjid Kristal di Kuala Terengganu terkenal sebagai antara masjid tercantik di dunia.

Dibina menggunakan besi, kaca dan kristal, masjid ini sentiasa menggamit kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

Bagaimanapun, selepas hampir 10 tahun beroperasi, masjid ini mula mengalami kerosakan sehingga terpaksa dibaik pulih.

Keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang bukan sahaja kepada pelancong malah penduduk kampung juga kecewa dengan proses baik pulih yang disifatkan sebagai perlahan.

Terbaru, Facebook Discovery Terengganu telah memuat naik beberapa gambar terkini Masjid Kristal yang berada dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Gambar itu menunjukan beberapa bahagian luar masjid tersebut rosak dan tercabut manakala orang ramai dilarang memasuki ruangan solat kerana masih dibaiki.

Bukan itu sahaja, ada pelancong yang ingin menaiki river cruise datang untuk mengambil gambar majsid pada waktu malam, malangnya lampu tidak dipasang.

Diharap pihak kerajaan negeri dapat menyegerakan proses baik pulih agar masjid yang menjadi ikon kebanggaan rakyat Terengganu ini kembali menarik lebih ramai pelancong pada masa yang akan datang.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén