Portal berita terbaik anda

Dunia

Masjid ditutup gara-gara Covid-19, masyarakat Muslim Morocco berzikir di balkoni rumah

Pandemik Covid-19 telah menjangkiti lebih 700 orang dan meragut nyawa 44 mangsa di Morocco.

Berikutan itu, kerajaan negara itu telah melaksanakan perintah berkurung ke atas setiap rakyat termasuklah larangan mengerjakan solat berjemaah di masjid.

Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti agama di rumah-rumah ibadah terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu demi menghindari orang ramai berkumpul agar rantaian virus pembunuh itu dapat diputuskan secepat yang mungkin.

Meskipun masjid ditutup, masyarakat Muslim tetap bersolat jemaah seperti biasa dengan mengerjakannya bersama ahli keluarga di balkoni kediaman masing-masing.

Menerusi satu video yang tular di Internet, memaparkan ratusan penduduk mengerjakan solat diikuti dengan alunan zikir dan doa munajat sehingga memecah keheningan malam.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya mendoakan agar krisis wabak tersebut akan berakhir dengan segera.

Loading...

Leave a Reply