Portal berita terbaik anda

Viral

Masakan pau hangus diketawakan netizen, wanita ini buat laporan polis

Seorang wanita membuat laporan polis berhubung hantaran beliau mengenai masakan pau hangusnya di group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL yang didakwa menerima komen yang tiada kena mengena dengan masakannya, lapor Buletin TTKM.

Menurut salinan laporan yang dinaikkan di akaun Facebooknya, ia dilakukan di Balai Bolis Pasir Puteh, Ipoh.

“Ada 2 pemilik akaun nama J*** dan L** R*** telah menghina masakan saya. Mereka seolah-olah tidak puas hati dan komen yang bukan bukan tentang masakan saya. Siap ada gambar babi dan sebagainya. Komen mereka seperti tidak puas hati dengan masakan saya.”

Berikut antara beberapa komen netizen yang disertakan wanita tersebut yang didakwa mengandungi kata-kata kesat dan hinaan terhadapnya.

“Dah macam pau kau kena ramas ramai-ramai. Deje.”

“Try hard nak jadi bodo. Batak like.”

“… Ni nampak tua. Tak lawa. Dah lanjut menggelebeh. ..”

“Babi aku kukus jagung letak dalam bekas plastik tak hangus la makcik”

“Try hard sangat nak tunjuk bodoh dia. Takut kena kecam jangan post apa-apa langsung la ngok.”

“(gambar babi) Dengan emoji ni pun takut ke? Haram jadah betul”

“14 tahun pengamalam menge’pau’, first time rentung sebab layan FB ke sebab sengaja supaya ada bahan nak post kat FB? Try hard sangat”

“Kahhhh3. Macik ni memang suka tempek cerita2 orang kat wall dia lapar perhatian la dia..”

“..Biar la .. tu tak pe. dia tak puas hati dengan seller jual masakan magi ketam takpe… janji jangan kutuk pau dia hitam”

“Ketiak hitam tak per jangan pau hitam”

“Betul ke S**** ketiak hitam? Saja tanya”

Tambah wanita itu lagi, tujuan beliau memasukkan gambar pau hangus itu adalah sekadar untuk berkongsi dan bukannya untuk menerima hinaan.

Dia juga menuntut mereka yang membuat komen itu memohon maaf secara terbuka.

Sementara itu, tinjauan mendapati hantaran di group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL itu dinaikkan pada 21 April lepas.

Ruang komen pada hantaran tersebut kini telah ditutup oleh admin group tersebut.

Awal pagi tadi, hantaran wanita itu yang menaikkan salinan laporan polisnya tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan setelah menerima ribuan komen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakannya berhubung isu tersebut.

Group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL dimulakan minggu lepas dan mendapat sambutan dari warganet dan sehingga kini mencatat 1.3 juta ahli yang mana ahlinya berkongsikan hantaran masakan yang tidak menjadi.

Sumber: Buletin TTKM

Loading...

1 Comment

  1. the hantus

    Haha.. pau awak hangus.
    Haha.. pau awak macam buntut kuali.
    Haha.. pau awak macam ketiak admin.
    Oops! Sorry admin.
    Ngehehh

Leave a Reply