Portal berita terbaik anda

Viral

Masa kecil comel dah besar menawan, penghias wajah F&N tambat hati para jejaka

Sebelum ini, ramai yang menyangka kanak-kanak perempuan yang bertindak sebagai model produk itu adalah aktres Liyana Jasmay, namun ternyata telahan itu tidak benar.

Sebaliknya, si cilik itu sebenarnya Madihah Mohd Firdaus yang kini sudah pun berusia 22 tahun!

Madihah kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Semarak dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mechatronics.

Diusik sama ada dia masih teruja melihat wajahnya sendiri selepas 17 tahun berlalu Madihah berkata, sebelum ini dia berperasaan sedemikian setiap kali ke pasar raya namun kini sudah terbiasa.

Kata Madihah, dia sendiri sebenarnya tidak menyangka pihak F&N masih mengekalkan wajahnya pada botol kordial itu selepas sekian lama.

“Masa mula-mula dahulu kalau pergi beli barang di pasar raya mesti saya akan teruja kalau nampak kordial itu kerana ada wajah saya.

“Tapi sekarang tak rasa apa-apa sangat sebab sudah terbiasa dan ia pun dah lama cuma apabila ada kawan-kawan yang tahu mereka terkejut itu adalah saya sampai mereka panggil saya ‘budak F&N’.

“Ia juga bukti ramai sukakan kordial itu sehingga orang mengenali wajah kanak-kanak yang ada pada botol itu,” katanya yang juga menggemari minuman itu.

Kemunculannya sebagai model produk itu bagaimanapun kata Madihah adalah kali pertama dan terakhir walaupun selepas itu dia ada mendapat beberapa tawaran lain.

Bagaimanapun katanya, dia tidak keberatan untuk menerima sebarang tawaran sebagai model sekiranya ia bersesuaian dengannya pada masa hadapan.

“Yang satu itu Alhamdulillah kekal orang ingat sehingga ke hari ini… memang sejak itu saya langsung tak buat sebarang iklan dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Insya-Allah kalau ada tawaran saya tak keberatan untuk terima cuma kalau cabang lain seperti berlakon ke saya tidak akan ambil kerana tiada bakat,” ujarnya.

Tambah Madihah lagi, tumpuannya kini adalah untuk menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dan bercita-cita untuk bergelar seorang jurutera.

Loading...

Leave a Reply