Portal berita terbaik anda

Politik

Marina tolak budaya ‘pelik’ sekolah agama

Siapa sangka, ahli wanita Melayu DAP Marina Ibrahim rupa-rupanya pernah belajar di sekolah menengah agama selama dua tahun di Johor.

Namun, disebabkan budaya ‘pelik’ yang diamalkan di sekolah tersebut, Marina akhirnya keluar dari sekolah itu dan menyambung pembelajarannya di sekolah biasa.

“Saya pernah bersekolah di Madrasah Arabiah Kluang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 2. Selepas itu saya pindah ke sekolah biasa.

“Sejak zaman sekolah saya bukan seseorang yang percayakan benda tidak tentu arah. Ada perkara tertentu yang saya tidak boleh terima.

“Contohnya di madrasah, undang-undang sangat ketat seperti tidak boleh bercakap dengan lelaki atau lelaki lalu, kita kena tutup tingkap.

“Sebatang pen jatuh pun, budak lelaki tidak boleh beri kepada budak perempuan. Bila kita fikir, kenapa kita hendak tekankan begitu sedangkan Islam tidak begitu.

“Bila kita bekerja, kita boleh ada teman wanita dan lelaki asalkan kita tahu batasan yang ada. Jadi kenapa perlu buat begitu. Saya tidak boleh terima hal itu,” katanya.

Marina kini bekerja sebagai setiausaha publisiti Wanita DAP Johor.

Loading...

3 Comments

  1. org

    aku pun pelik.mslh nya islam ajar pakai tudung, xda pulak kau pakai tudung eh?

  2. Orang

    Tiada pelik ye apa yang diajar disekolah sama ada sekolah agama ataupun sekolah kebangsaan.pelajar sebegini yang pelik sebenarnya tidak menerima pembelajaran di sekolah.nama nya pun sekolah, ya untuk pembelajaran dan pendidikan. Jadi orang biar positif lah..

  3. Khairul

    Kenapa sekarang br nak memekak bagai dh kau tak suka dok jer diam2 dh tak suka pilih jer sekolah lain…mereka ada matlamat mereka cara mereka…tak kan semua cara hidup mereka nak ikut cara kau ….diri sendiri pun tak betul lg nak komplain org plok…

Leave a Reply