Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Manifesto PH satu beban, tak sangka rakyat boleh percaya

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir mengakui bahawa manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) merupakan satu perkara yang sangat membebankan.

Ia dianggap sebagai satu penipuan terbesar dalam sejarah negara sehingga PH memenangi PRU-14.

Ini kerana, semasa merangka dokumen setebal 195 halaman itu, iaitu ikrar untuk melaksanakan 10 janji dalam 100 hari pertama dan 60 lagi dalam tempoh lima tahun, mereka tidak menyangka bahawa rakyat akan mempercayai dan juga tidak menyangka mereka menjadi kerajaan.

“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan.

“Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini rupanya merupakan beban yang besar,” katanya kepada Bernama dan RTM pada akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Bali, semalam.

Beliau dan juga barisan Menteri dilihat amat terkekan dan terbeban dengan tekanan rakyat dimana mereka juga perlu menjalankan tugas dan masalah lain di setiap kementerian.

Rakyat diminta berlaku adil dan memberi masa dan peluang kepada mereka untuk mentadbir dan jangan terlalu memberi tekanan.

Begitu juga janji untuk mansuhkan atau menangguhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma juga tidak dapat dilaksanakan kerana kerana jika ia (PTPTN) ditangguh ataupun dihapuskan, ia akan menyebabkan ramai lagi mungkin tidak dapat menikmati pinjaman tersebut.

Mahathir juga mengakui bahawa dari awal beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto HARAPAN.

Malah, katanya, pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol seperti Pan Borneo tidak mungkin dapat diwujudkan.

Sumber: Tun Carlos

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén