Portal berita terbaik anda

Utama

‘Rehatlah sepuas-puasnya, mama dah penat cari rezeki’ – Anggota RELA maut bergesel dengan lori

SUNGAI BULOH – Seorang anggota wanita Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) meninggal dunia selepas motosikal diboncengnya bergesel sebuah lori lalu terjatuh dan digilis di Jalan Subang – Sungai Buloh di sini hari ini.

Mangsa, Shahrul Rina Mohamad, 40, yang membonceng motosikal jenis Honda Dash bersama rakannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 1.50 petang.

Seorang lagi mangsa, Suzilawati Abdul Rahim, 40, yang menunggang motosikal itu pula cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa dari arah Subang hilang kawalan lalu bergesel dengan lori dipandu lelaki berusia 37 tahun.

“Shahrul Rina jatuh di sebelah kanan lori sebelum diseret lori itu sejauh 19.5 meter dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada pinggang.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, anak mangsa yang dikenali sebagai Intan Rana meluahkan rasa sedih di atas pemergian ibu yang dipanggil mama itu.

Menurut Intan, ibunya sudah cukup penat mencari rezeki dan berharap agar dia dapat berehat sepuas-puasnya di alam barzakh.

“Mama dah cukup penat mencari rezeki di sini Ma. Takpe Ma, kami terima dengan hati yang terbuka.

“Rehat puas puas ye Ma. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kami semua sayangkan Mama,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 21 saat menunjukkan keadaan penunggang serta pembonceng motosikal berkenaan sejurus selepas kemalangan berlaku hari ini.

Loading...

Leave a Reply