Portal berita terbaik anda

Utama

‘Malaysiakini lebih pentingkan punggung saya daripada kes SRC’ – Najib

KADANGKALA saya tak faham dengan Malaysiakini ini.

Tadi peguam saya buat penjelasan panjang lebar dengan media tentang kes SRC.

Banyak maklumat penting diulas oleh dia tapi yang dibuat tajuk berita utama oleh Malaysiakini adalah punggung saya pulak!

Dulu saya pergi tandas, Malaysiakini buat tajuk berita utama.

Saya pegang kamera henfon saya, dijadikan tajuk berita utama oleh Malaysiakini juga!

Tadi peguam saya cuma kata bahawa dia risau dengan kesihatan saya kerana saya terpaksa duduk 4 jam hingga 10 jam setiap hari untuk 58 hari berturut-turut di atas kerusi itu.

Itu saja.

Kenapa perlu dibuat tajuk berita utama pulak?

Yang lagi penting diulas oleh peguam saya, tak nak lapor ke?

Tak payahlah fokus sangat pada punggung saya.

Bukan saya yang terlibat dalam video Sandakan itu pun.

Sumber: Najib Razak

Loading...

Leave a Reply