Malaysia terlepas keuntungan RM10 bilion saham Shopee, ini puncanya..

Kerajaan Malaysia melalui Khazanah Nasional telah melabur sebanyak US$170 juta (RM650 juta) atau 2.3% kepentingan saham dalam syarikat yang memiliki Shopee pada tahun 2016.

Syarikat itu kemudiannya berjaya disenaraikan di Bursa Saham New York pada tahun 2017.

Namun selepas kerajaan bertukar, Khazanah telah melepaskan pegangan ini, sebagaimana dilaporkan The Edge, syarikat pelaburan strategik milik negara itu menjual saham dalam tujuh syarikat asing bernilai RM5.66 bilion.

Selepas dijual, harga saham Shopee naik berganda dan pelaburan yang dibuat pada 2016 sebanyak RM650 juta kini bernilai US$2.9 bilion (RM12 bilion) hari ini.

Akibatnya, negara hilang keuntungan hampir RM10 bilion dalam tempoh tidak sampai lima tahun.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *