Portal berita terbaik anda

Utama

Malaysia rekod 4 lagi kematian akibat Covid-19 hari ini

EMPAT kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 57 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 150 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 3,483 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 99 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 50 pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

Berikut carta terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

Loading...

Leave a Reply