Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Malaysia berpotensi tarik pelaburan RM100 bilion hasil nadir bumi

KUALA LUMPUR – ‪Malaysia berpotensi menarik pelaburan berjumlah RM100 bilion bagi tempoh 10 tahun dalam industri hiliran daripada hasil sumber nadir bumi.‬

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, semua pihak yang menyatakan minat tersebut walaubagaimanapun perlu faham dan mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan termasuk membabitkan soal keselamatan serta kesihatan.

Katanya, perkara tersebut telah dilihat dan dipantau pihak berkuasa termasuk daripada luar negara bagi memastikan industri berkaitan dijamin selamat.

“Pendirian kerajaan sangat jelas.Kami mahu menggalakkan pelaburan. Apa yang penting pelabur perlu ikut segala SOP dan amalan.Kita tidak akan berkrompromi dalam isu ini.

“Jika mereka melanggar undang-undang kita akan mengambil tindakan.Niat kerajaan mahu menarik pelabur dan menerokai industri berkaitan nadir bumi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén