Portal berita terbaik anda

Utama

Malaysia Baru darul maksiat?

HANYA dengan satu laporan polis sahaja, Presiden Skuad Badar, Azhar Mohamad terus ditahan dan disumbat ke dalam lokap kerana perbuatan beliau mencegah maksiat dianggap ‘melanggar undang-undang’

Tangkas betul polis kalau melibatkan orang Melayu Islam.

Manakala, Menteri Perpaduan Waytha Moorthy yang ada berpuluh-puluh laporan polis itu masih bebas bersuka ria.

Nampaknya di Malaysia Baru ini kalau sokong kuil haram, fitnah pihak berkuasa dan lindungi perusuh yang membunuh Muhammad Adib, itu tidak salah.

Yang salah kalau nak cegah maksiat sahaja.

Maklumlah, sebelum ini pun Menteri Agama pun dah cakap maksiat kalau tersembunyi tak apa. Itu hak peribadi, tak boleh serbu.

Gembira betul Siti Kassim kalau tengok benda ni.

Dulu susah payah dia berjuang idea liberal secara berseorangan. Tetapi sekarang senang sebab Melayu PH dah tolong ‘menangkan’ idea perjuangan dia.

Inilah akibat bila termakan fitnah konco-konco DAP. Hasilnya bangsa dan agama tergadai begitu sahaja.

* Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis Negara Insider dan tidak semestinya mencerminkan pendirian CempedakCheese.

Loading...

Leave a Reply