Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Jenayah

Malang tercicir telefon, suspek samun rider Grabfood diburu

VIRAL di media sosial rakaman video seorang penunggang penghantar makanan GrabFood disamun oleh dua lelaki di Phileo Damansara, petang semalam.

Video berdurasi 1 minit 37 saat itu memaparkan detik cemas mangsa dipukul dan dibelasah sebelum suspek berkenaan cuba merampas dan melarikan motosikal milik mangsa.

Namun, mangsa yang berhati kental itu melawan dan mempertahankan motosikal jenis Yamaha Y15ZR miliknya itu daripada dicuri suspek.

Siapa sangka, dalam pergelutan itu salah seorang suspek terjatuh telefon bimbitnya di tempat kejadian sekaligus menyebabkan gambar wajahnya yang ada di dalam telefon bimbit itu tersebar di media sosial.

Mangsa juga mengecam wajah suspek sebagai lelaki yang cuba menyamunnya.

Sementara itu, di laman Facebook rakan mangsa yang dikenali sebagai Zul Arif, dia berkongsi video mangsa dibelasah sebelum disamun dan gambar suspek bersama isteri dan anaknya.

Zul turut meminta netizen berkongsi posting tersebut dan meminta bantuan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung lelaki di dalam gambar tersebut supaya menghubunginya.

Kepada penyamun yang tak bernasib baik tu, baik serah diri awal-awal ke balai polis sebelum anda menjadi ‘lauk kenduri’, heh!

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén