Portal berita terbaik anda

Politik

Makin ramai aktivis Pas sertai PAN – Mahfuz

BALING – Semakin ramai aktivitis Pas akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan perkara itu didedahkan sendiri oleh Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun, beliau berkata identiti mereka terpaksa dirahsiakan buat waktu ini.

“Saya telah dapat pesanan WhatsApp daripada ramai aktivitis Pas yang mahu bersama PAN.

“Mereka memberikan gambaran akan selesaikan beberapa perkara dan sertai Amanah dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui dalam Mesyuarat Tahunan PAN Baling Kali Ke-3 di Kompleks Rakan Muda Batu 42, semalam.

Beliau berkata, PAN menyasarkan penambahan ahli baharu seramai 50,000 menjelang akhir tahun ini.

Loading...

Leave a Reply