Portal berita terbaik anda

Utama

Maki polis bukan kesalahan berat, kata peguam

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan pihak berkuasa polis diminta mempertimbangkan semula hukuman penjara ke atas semua pesalah-pesalah sepanjang Op Covid-19 yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Suraj Singh yang bertindak sebagai peguam bela seorang wanita yang memaki hamun polis semasa sekatan jalan raya di Persiaran Surian pada 31 Mac lalu itu berkata, kerajaan tidak wajar menghukum setiap pesalah pertama dengan hukuman penjara.

Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya hukuman ringan seperti khidmat komuniti bersifat kemasyarakatan perlu dilaksanakan.

Katanya, beliau memahami keadaan yang sedang dilalui kerajaan tetapi tetapi bukannya menghantar pesalah ke penjara.

Beliau mendakwa anak guamnya, Tong Poh Kim kini dalam keadaan panik dan takut.

“Kami juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula kes sebegini kerana sejak kebelakangan ini banyak dibuat dan pihak kerajaan perlu mengambil kira mereka yang ditangkap ini bukan penjenayah berat.

“Mereka bukan penjenayah serius yang melakukan kesalahan-kesalahan berat, yang perlu diasingkan daripada masyarakat seperti kes jenayah berat samun, kes rompak ataupun kes-kes rogol kita faham,” katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

Tertuduh yang berusia 44 tahun hadir ke Mahkamah Majistret bersama saudaranya sekitar 8.30 pagi bagi menghadapi pertuduhan menghalang penjawat awam bertugas dalam sekatan jalan raya baru-baru ini.

Wanita itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut sebelum dibenarkan ikat jamin RM1,000 untuk tuduhan pertama dan RM3,000 dengan seorang penjamin untuk tuduhan kedua.

Hakim Nurshahira Abdul Salim menetapkan 20 Mei sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula.

Tambahnya, tujuan hukuman dijatuhkan terhadap pesalah bertujuan untuk menginsafkan mereka dan mempersoalkan apakah menjatuhkan hukuman penjara untuk kes-kes seperti ini adalah munasabah.

Ini kerana, kata peguam bela itu, tindakan tegas sedemikian hanya menambah ketakutan rakyat.

Sumber: Suara TV

Loading...

3 Comments

  1. Wan kamalruzaman

    Saya cadang biar renters ambil alih Dan buat loakdown sepenuh…buat boleh sebulan, mugkin ini Cara utk memutuskan rantaian covid 19…Cara polis byk lembut Dan banyak bantahan drp rakyat…

    • Jika dh kerja polis nak dihalang n x bagi kerjasama, cadangan sy kerajaan bt lockdown sepenuhnya terus seluruh negara, baru tau susah senang nanti…

  2. azrol

    Elok la tue hukuman berat jadi pengajaran. Kalau lembut sangat makin kurang ajar.

Leave a Reply