Makan bertalam ketika berbuka, sikap rendah diri Guan Eng dipuji

0
5901

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah berbuka puasa di Masjid Jamek Kubang Buaya, Butterworth.

Beliau juga telah memuat naik status di Facebook dan meluahkan rasa gembira apabila dapat makan bertalam bersama kariah masjid.

“Seronok makan talam semasa iftar di Masjid Jamek Kubang Buaya, Butterworth dan pemberian sumbangan kepada ahli qariah dalam Kwsn Parlimen Bagan bersama Lim Hock Seng YB Phee Boon Poh, Sateesh, Soon Lip Chee,” kata Guan Eng.

Pada majlis itu, Lim memberitahu kerajaan bersetuju untuk memberikan sumbangan khas Aidilfitri sebanyak RM400 untuk semua imam, bilal, siak dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seperti yang diputuskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan akan berusaha untuk berkhidmat untuk negara yang lebih baik dan beliau juga berharap semua umat Islam di negara ini menyambut Aidilfitri dengan gembira.

Rata-rata netizen telah memuji sikap rendah diri LGE yang tidak kekoh berbual dengan orang ramai dan makan didalam talam secara beramai-ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here