Portal berita terbaik anda

Utama

Majikan tolong bayar hutang PTPTN pekerja akan diberi pelepasan cukai

Seperti ramai sedia maklum, dalam Bajet 2019 lalu Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan mana-mana majikan yang membantu pekerja melangsaikan baki hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN) akan diberi perlepasan cukai.

Langkah ini bertujuan untuk menggalakkan majikan menyumbang demi kelestarian PTPTN dan ia boleh dijadikan sebagai kepada pekerja yang cemerlang.


Bagi majikan yang mahu melangsaikan hutang PTPTN pekerjanya, mereka boleh membayar melalui portal PTPTN sama seperti kaedah caruman KWSP/Perkeso atau cek syarikat secara bulanan atau secara ‘lump sum’ setahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2019.

Syarat bayaran balik PTPTN oleh majikan kepada pekerjanya ini mestilah hanya pekerja sepenuh masa.

Selain itu majikan sama sekali tidak boleh mengenakan apa-apa bayaran atau tuntutan sebagai balasan kepada pembayaran PTPTN yang telah dibuat oleh mereka.

Lebih menarik, ibu bapa / ibu bapa angkat / penjaga yang sah dari segi undang-undang yang membuka akaun untuk menambah simpanan SSPN untuk anak boleh nikmati pelepasan taksiran cukai.

Pelepasan Taksiran Cukai individu SSPN akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 setahun untuk simpanan dalam SSPN-I dan tambahan RM6,000 diberikan untuk takaful bagi SSPN-i Plus.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.ptptn.gov.my

Loading...

Leave a Reply