Mahu zuriat sendiri, ramai tak sabar tunggu Sajat kahwin

0
1523

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat melawat sahabat baiknya, Datuk Aliff Syukri dan isteri yang baru saja menimang cahaya mata ke-4, Yusoff Al Qardawi. Sajat sempat kongsikan videonya di Instagram bersama bayi comel tersebut.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai ialah kepsyen video tersebut yang meminta netizen mendoakan agar Sajat juga boleh mendapatkan zuriat sendiri tahun hadapan.

Dalam pada itu, ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan persoalan tentang bagaimana agaknya jika Sajat mengandung. Tidak kurang juga ada segelintir netizen yang terhibur dengan posting tersebut kerana menganggap impian Sajat itu seperti tidak masuk akal berikutan identiti Sajat yang sehingga kini menjadi persoalan.

Ramai juga yang tertanya-tanya adakah benar bahawa Sajat bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi. Ramai yang sudah tidak sabar mahu melihat Coach Yin & Nur Sajat bersanding.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here