Portal berita terbaik anda

Uncategorized

Mahu apa lagi jika enggan bersyukur, soal Datin Shahida

KUALA LUMPUR — Isteri Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkias panjang menceritakan erti kesempurnaan sebenar.

Tanpa menujukan kepada sesiapa, Datin Seri Nur Shahida Mohd Sidek berkata, tiada istilah kesempurnaan dalam kehidupan memandangkan sifat itu hanya ada pada Maha Pencipta.

Sebaliknya, kesempurnaan hanya akan dapat dirasai jika seseorang itu bersyukur.

“Allah tidak beri apa yang kita mahu, tapi Dia beri apa yang kita perlu. Kita tidak akan pernah sempurna kerana kesempurnaan itu milik Dia dan kita adalah sebaik-baik ciptaan,” coretnya di Instagram.

Menurutnya lagi, dunia tidak memerlukan kesempurnaan kerana bukan itu yang dicari tetapi demi mencari yang terbaik.

“Dunia tidak perlukan kesempurnaan, tetapi ia perlukan penjagaan sebaiknya. Penjagaan tanda penghargaan. Erti kata lain, bersyukur,” katanya.

Shahida juga menyatakan tiada guna jika seseorang itu tidak bersyukur dengan nikmat hidup sedia ada atau lalai dengan pemberian Allah kepadanya.

“Lantas, jika yang diberi (nikmat) tidak disyukuri, apa lagi yang kita mahu?” soal Shahida.

Justeru, ibu lima cahaya mata menyatakan bahawa kesempurnaan hanya akan dapat dirasai dengan memanfaatkan nikmat pancaindera kurniaan Allah pada setiap insan.

Kenyataan Shahida di Instagram dipersetujui lebih 62,395 pengikut, kebanyakan mereka rata-rata memberikan sokongan moral serta semangat untuknya kembali memperbaiki hubungan rumah tangga bersama suaminya Aliff yang diyakini saling berjauhan.

“Semoga Datin (dan) Datuk (serta) anak-anak bersatu kembali, aminnnnn,” tulis Shereen Humaira_, salah seorang yang mendoakan mereka.

“Bersyukur dengan setiap pemberian-Nya. Kita tidak sempurna, redha dengan setiap kelebihan dan kekurangan,” tulis Maia260308 sambil memuji rupa paras Shahida.

Dalam pada itu Shahida telah memuat naik foto anak kelima, Raudhah Arshiyah semalam yang tersenyum dengan keterangan “happy day” atau hari yang menggembirakan, dipercayai ditujukan buat Aliff yang menyambut ulang tahun ke-33 kelmarin.

Loading...

Leave a Reply