Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Mahkamah benar permohonan Najib tangguh bicara kes SRC

MAHKAMAH Rayuan hari ini membenarkan permohonan Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan tujuh pertuduhan rasuahnya berhubung dana SRC International melibatkan RM42 juta yang dijadualkan bermula esok.

Panel yang terdiri daripada tiga hakim – Ahmadi Haji Asnawi, Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Yew Jen Kie – sebulat suara membenarkan permohonan Najib.

Peguam Negara Tommy Thomas sebelum ini berhujah bahawa mahkamah perlu menolak permohonan Najib memandangkan perbicaraan tersebut melibatkan kepentingan awam.

Walaupun sependapat dengan Thomas bahawa kes ini melibatkan kepertingan awam, Hakim Ahmadi bagaimanapun tidak setuju dengan dakwaan pihak pendakwaan iaitu Najib dan pasukan pembelaannya cuba untuk melengahkan perbicaraan.

“Kami tidak menemui sebarang bukti taktik undang-undang untuk melengah-lengahkan perbicaraan. Kami dengan ini membenarkan usul pemohon,” kata hakim.

Najib yang juga ahli Parlimen Pekan memohon penangguhan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan mengenai rayuan berhubung penarikan balik permohonan agar kes itu dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi oleh Thomas.

Thomas memfailkan permohonan pada Khamis lepas berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang menimbulkan keraguan mengenai kuasa pendakwa raya untuk melakukan pemindahan seperti itu. – 11 Februari, 2019.

Sumber: The Malaysian Insight

Leave a Reply

Theme by Anders Norén