Portal berita terbaik anda

Politik

Mahathir tolak ajakan Hadi mentah-mentah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak pelawaan untuk berforum bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika turun padang ke Port Dickson, esok.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak menolak kemungkinan untuk berforum dengan Abdul Hadi pada waktu lain.

Tegas Dr. Mahathir, beliau akan hadir ke Port Dickson hanya untuk berkempen bagi membantu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dengan pertandingan tujuh penjuru di kerusi Parlimen berkenaan.

“Tak payahlah. Malam esok saya pergi tetapi bukan mahu berforum dengan beliau (Abdul Hadi).

“Saya mahu pergi berkempen untuk Datuk Seri Anwar,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis makan malam Persatuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (UNAM) di sini, malam ini.

Sebelum ini, Abdul Hadi ‘mengajak’ Dr. Mahathir menyertai forum bersamanya ketika datang ke Port Dickson, esok.

Menurut Abdul Hadi, beliau tiada masalah apabila Dr. Mahathir mendedahkan mahu turun ke Port Dickson bagi membantu kempen Anwar yang merupakan calon PH. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply