Portal berita terbaik anda

Politik

Mahathir punca PH berkecai di Tanjung Piai, kata PKR

Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali berkata keputusan PRK Tanjung Piai merupakan referendum terhadap kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Ini referendum terhadap PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad. Keputusannya paling jelas. Rakyat kecewa dan mahu ajar PH khususnya Dr Mahathir.

“Beliau harus tahu apa yg patut dilakukannya dengan segera. Jangan dolak dalik lagi,” katanya pada ciapan di Twitter.

Dr Mahathir turun berkempen di Tanjung Piai dan beliau turut berceramah pada Rabu malam.

Semalam, pengerusi PH itu menulis surat meminta pengundi untuk menyokong calon PH Karmaine Sardini.

Sebelum ini, Syed Husin pernah mengkritik Dr Mahathir kerana menunda pelan peralihan kuasa untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Loading...

Leave a Reply