Portal berita terbaik anda

Hiburan

Luna Maya suka hidu bau kentut sendiri

WALAUPUN tabiat menghidu kentut sendiri dianggap sesuatu yang memalukan atau menjijikkan, namun pelakon Indonesia, Luna Maya mengakui dia menyukai bau kentutnya sendiri.

Luna berkata demikian ketika ditanya pelakon Boy William di saluran YouTube Luna Maya yang ditayangkan, baru-baru ini.

Menerusi video itu, Boy William menjawab beberapa pertanyaan peribadi daripada Luna dan mendedahkan dirinya suka mencium bau kentut sendiri.

Bagaimanapun, ketika pertanyaan itu diajukan kepada Luna, pelakon itu mengakui turut suka menghidu kentut sendiri.

“Sukalah, pasti semua orang suka bau kentutnya sendiri,” kata Luna.

Lebih melucukan, Luna yang duduk di atas sofa bersama Boy William turut menunjukkan bagaimana dia menghidu dan menikmati bau kentutnya sendiri.

Gelagat spontan yang ditunjukkan Luna apabila dia menoleh ke belakang dan mencium aroma khas itu mengundang gelak tawa antara mereka.

Loading...

Leave a Reply