Luka pembedahan masih terasa, ibu diduga kehilangan bayi tersayang

SUKAR digambarkan perasaan seorang ibu tatkala diuji dengan pemergian bayi buat selama-lamanya.

Sebagai insan yang mengandung dan melahirkan, kehilangan si kecil sememangnya amat memeritkan apatah lagi ia berlaku dalam waktu tidak dijangka.

Menerusi Facebook, Puan Nurul Atikah berkongsi moment duka mengenai pemergian bayi lelaki, Muhammad Yusuf Mikael dalam pangkuannya.

Lebih meruntun jiwa, Puan Nurul mengadu bahawa perit melahirkan bayinya secara pembedahan masih terasa sehingga kini.

Difahamkan, sebelum ini Muhammad Yusuf pernah pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berikutan komplikasi saluran pernafasan yang terlalu sempit.

Mengenangkan keadaan bayinya semakin kritikal, Puan Nurul dan suami sudah dimaklumkan untuk sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku.

Meskipun kenyataan itu perit untuk diterima, namun dia reda dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mencurahkan kasih sayang terhadap si comel berkenaan walaupun cuma seketika.

Loading...

Leave a Reply