Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Lucut status PR walau Zakir Naik mohon maaf, kata DAP

KUALA LUMPUR — Permohonan maaf Dr Zakir Naik tidak sesekali mengenepikan kesalahan selaku penduduk tetap (PR), kata Ramkarpal Singh.

Pengerusi Biro Guaman DAP berkata kenyataan Zakir dalam ceramah di Kelantan menimbulkan keresahan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

“Menggelar Cina tetamu dan mendakwa kaum India lebih setia kepada perdana menteri India berbanding perdana menteri Malaysia jelas di luar batas, tidak kira konteksnya.

“Pihak berkuasa harus memastikan penjelasan dan permohonan maafnya tidak mengecualikan kesalahan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ramkarpal berkata pihak berkuasa harus melucutkan status PR Dr Zakir dalam memastikan kesejahteraan negara menjadi keutamaan.

Katanya, selaku warga asing, Dr Zakir harus menghormati dan memahami persekitaran berbilang kaum di Malaysia.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén