Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

‘Nikmat sejati Abang adalah berada di syurga’ – Luahan sayu bapa saudara arwah Syed Danial

Insiden perselihan faham selepas kemalangan jalan raya di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) sehingga mengakibatkan Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, kehilangan nyawa dunia pada Sabtu lalu, mengundang perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Semalam, bapa saudara mangsa, Syed Murtadha telah membuat dedikasi istimewa buat Syed Muhammad Danial di Facebook miliknya bagi meluahkan rasa yang terpendam di dalam hatinya.

Menurut Syed Murtadha, dia seolah-olah tidak percaya bahawa anak saudara sulung dalam keluarga mereka itu pergi menemui penciptaNya pada Hari Wukuf yang juga merupakan kemuncak ibadah Haji.

Menerusi posting tersebut, beliau berkata Syed Muhammad Danial adalah individu paling rapat dengan memiliki akhlak yang baik terhadap semua orang.

β€œHe was my only Abang”

Masa kecik-kecik dulu…

Tambah Syed Murtadha, beliau turut memandikan jenazah buat kali terakhir dan wajah suami kepada Qistina Ayu Rozhan itu kelihatan dalam keadaan tersenyum.

Ayah Lang nampak senyuman terakhir Abang

Penuh masjid masa solat jenazah

Nikmat sejati Abang ada di Jannah…

Perasaan rindu tak dapat diluahkan dengan kata-kata…

Dalam kejadian pukul 1.40 petang kelmarin, Syed Muhammad Danial maut setelah berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan.

Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Sumber: Syed Murtadha

Leave a Reply

Theme by Anders Norén