Portal berita terbaik anda

Utama

Longgokan sampah di pintu masuk utama cemari Pasar Payang 2

VIRAL di media sosial, gambar longgokan sampah di pintu masuk utama Pasar Payang 2, Kuala Terengganu yang dibuang oleh peniaga sehingga mencetuskan rasa kurang senang para pengunjung pasar tersebut.

Menurut pengendali Facebook Amazing Terengganu yang memuat naik gambar tersebut di media sosial, tindakan peniaga yang melonggokkan barangan buangan kedai mereka di situ disifatkan sebagai tidak bertamadun.

Para peniaga sepatutnya perlu lebih bertanggungjawab dan tidak hanya mengharapkan pihak MBKT untuk membersihkan kawasan di sekitar pasar tersebut.

Pengendali Facebook pelancongan itu juga kesal kerana sebelum ini mereka bersungguh-sungguh mempromosikan Pasar Payang 2 malangnya para peniaga sendiri yang bersikap sambil lewa.

Berikutan itu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mahu memboikot peniaga di Pasar Payang 2 sehingga keadaan kembali pulih.

Loading...

Leave a Reply