Portal berita terbaik anda

Utama

Logo Bulan Sukan Negara mirip hidung babi?

SHAH ALAM – Tular di media sosial sejak pagi tadi mengenai logo Bulan Sukan Negara 2019 yang dikatakan mirip hidung babi.

Setakat jam 11. 30 pagi, logo baharu yang dimuat naik di Facebook KBSMalaysia itu menerima 418 like, namun majoriti netizen memberikan komen mengecam logo tersebut.

Kamarul Abu Hasan sebagai contoh menulis, “Huduh benor logonya. Ke ini untuk tadika punya.”

Hisyam Othman Issey mempersoalkan logo itu, “Apa rasional E bewarna merah dan kuning. Apakah kekuatan E sehingga ia lebih menonjol daripada huruf yang lain. Bentuk tepi, bulat dan tajam mewakili kuasa, kestabilan dan profesionalisme? Agak susah nak menjiwai, bagaimana tiga element itu boleh diwakili satu bentuk yang sama sedangkan ia membawa maksud yang berbeza.”

Muhammad Azhar Gusti Adipati pula mencatatkan, “Inspirasi DAP (sambil meletakkan emoji khinzir).”

Malah Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos turut menyindir logo tersebut di Facebooknya dengan menambah dua biji mata pada logo yang diputarkan 90 darjah melawan arah jam.

“Cuba teka? Bentuk binatang dan muncung apa untuk logo tema Bulan Sukan Negara ((2019). Menteri KBS tak perasan kot atau Timbalan Menteri KBS tak rujuk kepada menteri,” katanya.

Hasil semakan di laman Facebook KBSMalaysia mendapati logo asalnya adalah melintang dan ia mewakili tiga huruf iaitu BSN yang bermaksud Bulan Sukan Negara.

Logo baharu itu bukan hanya sekadar akronim, akan tetapi ia terdiri daripada bentuk organik mewakili suasana mesra dan santai dalam sukan iaitu bentuk tepi bulat dan tajam mewakili kuasa, kestabilan dan profesionalisme.

Warna yang dipilih untuk logo adalah biru, merah dan kuning yang sama dengan bendera Malaysia iaitu biru mewakili perpaduan negara kita dalam sukan, merah mewakili tenaga, manakala kuning mewakili keadilan.

Ia merupakan warna yang merangkumi sukan Malaysia berwarna-warni, sementara keharmonian konsep bentuk logo ini menunjukan kesatuan belia berorientasikan seperti seni grafiti.

Tindakan netizen memutarkan logo tersebut kepada 90 darjah melawan arah jam menyebabkan huruf B tersebut kelihatan seolah-olah hidung khinzir tambahan warnanya pula berwarna merah.

Loading...

Leave a Reply