Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Baru lima hari sambut hari lahir, kakitangan CIMB maut dilanggar pemandu mabuk

Kes kemalangan melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol semakin kerap berlaku bagaikan tiada apa-apa yang dilakukan pihak berkuasa untuk menangani masalah tersebut.

Terbaru, seorang perunding kewangan maut dilanggar pemandu mabuk ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri sebuah program anjuran syarikatnya, Jumaat lalu.

Menurut sumber, mangsa, Liyana Zolkepli, baru sahaja menyambut hari jadinya pada 12 November yang lalu.

Rakan mangsa yang dikenali sebagai Quegina Rina berkata, Liyana merupakan seorang yang baik terhadap rakan-rakan sekerja yang lain dan menjadi penyeri di pejabat.

“Perginya rakan sekerja yang kami kasihi.. Dia la penyeri.. Dia la yang selalu buat kami tersenyum.. Arwah sangat2 baik dikalangan kami semua,” katanya.

Berita kematian Liyana atau mesra disapa Yana itu mengejutkan rakan-rakannya malah mereka tidak ketinggalan untuk mengucapkan takziah dan berharap agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén