Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Lima termasuk bayi maut kemalangan babitkan kereta dan treler

SUNGAI SIPUT – Lima termasuk seorang bayi maut, manakala seorang lagi parah dalam nahas membabitkan sebuah kereta dengan sebuah treler berdekatan Kampung Salak Stesen, di sini, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, panggilan kecemasan diterima jam 10.26 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dikerahkan ke lokasi.

Katanya, nahas itu menyebabkan enam mangsa tersepit dalam Proton Saga.

“Nahas menyebabkan dua wanita, seorang lelaki, seorang kanak-kanak perempuan, dan seorang bayi maut di lokasi kejadian, manakala seorang kanak-kanak lelaki parah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa sedang dijalankan. Identiti kesemua mangsa belum diketahui.

“Dua daripada kesemua mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Siput, manakala dua lagi sedang dalam proses untuk dikeluarkan dari kereta berkenaan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén