Lima lelaki bertopeng rompak pasar raya di Setiu

0
147
Gambar hiasan

BANDAR PERMAISURI – Lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang merompak sebuah pasar raya di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, suspek mengikat pengawal keselamatan bertugas sebelum menebuk empat peti besi di pejabat pasar raya dan melarikan sejumlah wang.

Jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut Zulkifli, pengawal keselamatan berusia 49 tahun itu berjaya melepaskan ikatan beberapa jam kemudian sebelum menghubungi majikannya.

Pemilik pasar raya melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here