Lima bulan berkahwin, Betty baru kenal perangai sebenar suami

0
595

KUALA LUMPUR – Pelakon Betty Rahmad mengakui Ramadan kali ini memberikan kegembiraan yang berbeza kerana pertama kali menyambutnya sebagai isteri.

Setelah lima bulan bergelar isteri kepada Adry Damis, Betty berkongsi sikap sebenar suaminya yang tidak diketahui ketika mereka bercinta.

“Puasa dan raya tahun ini ada sedikit kelainan kerana ia tahun pertama saya sebagai isteri. Jadi saya kena pandai membahagikan masa antara kerja dan jaga makan minum suami.

“Setakat ini saya sangat bersyukur kerana suami saya tidak cerewet terutamanya dalam soal makanan. Saya bertuah kerana dia makan satu lauk sahaja dalam satu masa. Dia tidak reti makan banyak lauk dan ia memudahkan saya,” katanya.

Bukan sahaja tidak cerewet soal makan, Betty mendedahkan suaminya juga ringan tangan membantunya di dapur.

“Sebelum berkahwin, dia tidak pernah mencuci pinggannya setiap kali makan di rumah keluarga saya.

“Sekarang, dia tidak kisah untuk membantu saya melakukan kerja rumah terutamanya di dapur. Baginya, apabila saya penat memasak, dia perlu membantu apa yang patut,” jelas Betty.

Sementara itu, ditanya mengenai cahaya mata, Betty tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata dalam tempoh terdekat.

“Kami terima dengan hati gembira jika diberikan rezeki dalam masa terdekat ini. Saya dan suami tiada perancangan mengenai soal anak.

“Kalau boleh memang kami nak anak cepat. Saya suka kanak-kanak memandangkan saya sudah biasa menjaga anak-anak saudara saya,” ujarnya.

Betty dan Ardy telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu selepas empat tahun berkenalan. – UTUSAN ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here