Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Lim Lip Eng contoh ‘otak sampah’ DAP

BANGI – DAP dicabar untuk menghalau keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai komponen Pakatan Harapan (PH), jika benar-benar tidak bersetuju dengan rancangan pelaksanaan tulisan jawi dan seni khat dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular.

Bahkan, parti tamak haloba itu juga disaran untuk keluar daripada PH secara sukarela jika masih ‘berdegil’ untuk menghormati keputusan kerajaan, terutama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Demikian tegas Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman terhadap pemimpin DAP yang lantang mengkritik dan membantah usaha kerajaan memartabatkan kembali tulisan jawi dan seni khat, sehingga sanggup menyamakannya seperti ‘menyapu tahi lembu ke muka sendiri’.

Semalam, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam hantarannya di laman Facebook berkata, “Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu najis lembu di muka kita dengan memperkenalkan khat. Tolonglah.”

Dia bagaimanapun memadam sepenuhnya hantaran tersebut selepas dikecam netizen yang mengganggap kenyataan berkenaan sebagai melampau.

Membidas kenyataan biadab Lip Eng, Ustaz Abdullah Zaik berkata, tindakan yang ditonjolkan pemimpin DAP berkenaan adalah contoh ‘otak sampah’ parti rasis dan cauvinis itu.

“Jiwa mereka semakin kusut dengan usaha yang memberi manfaat kepada Islam dan Melayu, sehingga tidak tahu menghormati orang. Lip Eng dan mereka yang menolak pelaksanaan ini adalah penakut.

“Kenapa tak halau saja Bersatu keluar PH, dan masih terima Tun M sebagai perdana menteri jika tidak setuju dengan dasar itu,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan berpegang kepada dasar kemakmuran bersama dan tidak pernah menghalang penggunaan tulisan bahasa lain, sekali gus mengekalkan pendirian meneruskan rancangan Penggunaan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4.

“Kita tak pernah bantah tulisan lain (termasuk) dalam bahasa Cina kerana ini adalah sesuatu yang istimewa di negara kita ini. Tulisan bahasa Cina tidak dibenarkan di negara lain seperti Indonesia umpamanya, Filipina dan Thailand, mereka guna tulisan mereka,” katanya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén