Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Sukan

Liga Super: Terengganu tewas di gelanggang sendiri

TERENGGANU FC (TFC) tewas oleh pasukan berstatus kelab, PKNP FC, 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, sebentar tadi.

Kelemahan jentera tengah TFC yang turun tanpa kehadiran pemain berdarah kacukan, Lee Tuck yang masih cedera jelas merencatkan pergerakan tuan rumah.

Ketiadaan Irfan Bakti Abu Salim yang berkursus dan digantikan penolong jurulatih, Mohd Nik bukan alasan buat pemain TFC gagal memperagakan aksi terbaik.

TFC melakukan percubaan menerusi Kipre Tchetche yang berjaya menggelecek pertahanan lawan dalam kotak penalti pada minit ketujuh, namun sepakannya dapat dihalang penjaga gol, Amar Asyraaf Omar.

Loading...

Enam minit berselang giliran pelawat melakukan percubaan tepat ke arah kubu tuan rumah menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti M Ganesan yang berjaya ditangkap kemas penjaga gol Wan Azraie Wan Teh.

Ketika permainan babak pertama tampak berkesudahan tanpa jaringan, pelawat dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, Zamzaidi Katimin pada minit ke-45 selepas Ahmad Syamim Yahya menjatuhkan Ganesan dan berjaya disempurnakan Rodrigues untuk kedudukan 1-0.

Babak kedua skuad PKNP tidak menunggu lama untuk menambah jaringan sekali lagi menerusi Rodrigues yang bijak menyambut hantaran Ganesan dari sebelah kiri pintu gol tuan rumah untuk di depan 2-0.

Skuad Penyu yang bergelut untuk memburu gol menukar strategi dan hasilnya pada minit ke-72 Syamim menebus ‘dosanya’ apabila merembat kencang bola dalam penalti untuk merapatkan kedudukan 1-2.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén