Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Sukan

Liga Super: Terengganu benam PKNS 2-1

SHAH ALAM – Terengganu FC I (TFCI) tidak berdepan masalah menundukkan PKNS FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Pemain tengah dari Uzbekistan, Sanjaar Shaakhmedov membuka tirai jaringan buat pasukan pelawat pada minit ke-35 dengan memperagakan kemahiran tinggi apabila bijak memperdaya penjaga gol tuan rumah, Farhan Abu Bakar sebelum mudah menolak masuk bola ke jaring.

Bagaimanapun, PKNS FC bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi rembatan deras dalam kotak penalti Kittiphong Pluemjai untuk mengikat kedudukan 1-1.

Dua minit sebelum tamat perlawanan, Nasrullah Hanif memastikan Sang Penyu pulang dengan tiga mata apabila bijak menanduk bola hasil sepakan bebas rakan sepasukannya.

Kemenangan itu menyaksikan TFC I mengumpul 27 mata selepas mengharungi perlawanan ke-19 liga untuk menghuni kedudukan keenam. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Theme by Anders Norén