‘Kau hal kau, aku hal aku..’ – Ditegur PU Amin, Liana Rosli mengamuk di IG

0
445

Pengasas produk kecantikan, Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM kerap tampil dengan aksi ghairah di laman sosial miliknya.

Setiap gelagat Kak KM berjaya menarik perhatian daripada pelbagai lapisan netizen termasuk Pencetus Ummah Amin (PU Amin).

PU Amin telah beberapa kali menegur sikap Kak KM tetapi tidak diambil pusing tetapi baru-baru, dia telah hilang sabar dan ‘meletup’ dengan teguran yang berikan.

Ada kawan hantar video asal pada aku , kemudian ada pula yang hantar versi suara sahaja . Lepas kejadian aku tegur dorang , ngamuk habis dorang . Apa aku boleh katakan tanggungjawab sudah dijalankan.. . Aku tak mintak korang boikot , aku cakap pada yang tak suka tengok dan nak pelihara iman dan akhlak agar report segala video video lucab yang dipamerkan . Perniagaan tak salah , tapi cara promosi yang haram perlu dikatakan haram . Ramai orang tegur tak jalan , ustaz ustaz tegur tak jalan , mufti tegur tak jalan , jadi aku tegur la cara aku , ha baru perasan pedas.Benda lucah ni dia buat dari tahun lepas . Kat surau dan masjid masjid semua ustaz ustaz tegur kot.. . Kepada kawan kawan jangan komen yang tak baik , jangan hina Kak KM dan kawan kawan dia . Kita doakan Allah beri teguran dan hidayah pada dia . Jangan komen maki hamin di ruang komen doa yang baik baik untuk kak km , dan geng geng dia . Bila kata kata kita dikatakan bodoh dan bangang hanya doa senjata terakhir sebagai pagar dari segala bencana.. . Semoga terguran aku ni akan membuka mata dan telinga pengusaha dan peniaga produk agar tidak langsi dengan hukum hakam Allah . Aku pelik , founder produk nuraysa tu pakai purdah kot , mata je nampak , tapi sale juta juta jugak . Low profile tak pernah nampak dia berjoget nak jual produk ‘ apa sa ?’ tu.. . Dunia nak kiamat segera bertaubat .

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Menerusi rakaman suara tersebut, Kak KM merasakan yang PU Amin cuba untuk menutup periuk nasi dirinya.

Menurut Kak KM, duit jamu yang diperolehinya itu digunakan untuk menyara anak-anaknya.

Bukan itu sahaja, Kak KM juga merasakan bahawa PU Amin mempunyai niat jahat dan cuba untuk menjatuhkan dirinya.

“Islam ajar kau apa? Islam ajar kau tutup periuk nasi orang?”

PU Amin juga disuruh menjaga diri sendiri dan keluarga sebelum mengambil tahu masalah orang lain.

“Kau hal kau, aku hal aku”

Kak KM seharusnya mengambil segala teguran dengan hati yang terbuka, ini juga untuk kebaikan diri sendiri.

Kepada yang menegur pula, teruskan usaha akan tetapi berhati-hatilah dengan kata-kata agar tidak menjatuhkan dan menyakitkan hati yang ditegur.

Sumber: KM Liana Rosli, PU Amin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here