Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

LGBT ada hak di Malaysia, asal bukan terbuka – Wan Azizah

KUALA LUMPUR — Komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mempunyai hak berada di Malaysia asalkan gaya hidup mereka tidak diamalkan secara terbuka, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun menasihati golongan minoriti itu tidak menghebahkan kehidupan peribadi mereka selain memahami Islam merupakan “agama rasmi” di Malaysia.

“LGBT mempunyai hak mereka asalkan dilakukan dalam lingkup peribadi,” katanya kepada Malay Mail.

“Islam agama rasmi [Malaysia], di mana kita ada amalan tertentu dan yang sudah termaktub.

“Sebagai seorang Islam, saya mempunyai keutamaan saya mengenai hak mereka sama seperti penganut bukan Islam.”

Ahli parlimen Pandan berkata undang-undang melarang homoseksual dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan menjadikan hubungan seksual yang bertentangan sebagai bukti.

Sumber: Projekmm

4 Comments

  1. What a ridiculous mind of yours

  2. Hana

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213841432335596&id=1401369149

    Insya Allah kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu yang sebarkan FITNAH ini.

    Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Wan Azizah tidak pernah mengeluarkan kenyataan ini.

    Semua yang sebar termasuk Blogger dan Facebooker akan diambil tindakan tegas. Dan kepada sesiapa yang ada maklumat penyebar FITNAH ini mohon maklumkan kepada aku.

    Dibawah contoh posting FITNAH ini. Mohon pm saudara Ahmad Firdaus Mohd utk semua posting fitnah . Mereka akan berjawab di dunia dan akhirat di setiap satu fitnah yg dihisab.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén