Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Letupan di sebuah masjid selepas solat Jumaat, empat jemaah terkorban

EMPAT maut, manakala lebih 20 mangsa cedera dalam insiden letupan di sebuah masjid di tenggara Pakistan, hari ini.

Menurut polis, antara yang terbunuh dalam kejadian itu adalah imam masjid berkenaan yang terletak 25 kilometer dari bandar Quetta.

“Letupan itu membabitkan alat peranti yang dipasang penentu masa, dan diletakkan di bawah kerusi kayu berhampiran imam,” kata ketua polis Quetta, Abdul Razzaq Chmeea.

Quetta adalah ibu kota wilayah Balochistan, yang kini bergolak akibat pertempuran antara pihak pemberontak dan militan.

Namun, setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

“Angka kematian dijangka meningkat memandangkan terdapat sebilangan mangsa yang mengalami cedera parah,” kata pegawai polis, Shafqat Janjua kepada Reuters.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén