Portal berita terbaik anda

Viral

Lenguh tangan tulis nama panjang, murid ini minta dilahirkan semula

Dari dulu hingga sekarang, kita boleh lihat perubahan dan kelainan pada nama anak-anak.

Tidak dinafikan dulu semasa zaman ayah kita, nama mereka seakan sama dan mudah untuk disebut berbanding sekarang.

Sudah menjadi trend zaman sekarang meletak nama panjang-panjang, ada yang bercampur dengan bahasa walaupun hakikatnya panggilan tetap sama.

Namun, seorang ibu yang bernama Wan Aziela ini berkongsi pengalamannya semasa menerima keluhan daripada anak perempuannya kerana namanya panjang dan dia letih menulis nama tersebut.

Apa yang memeningkan kepala ibunya, anak kecil ini minta untuk dilahirkan semula agar ibunya meletakan nama yang pendek sahaja.

Gelagat anak kecil yang selesa dengan panggila Bebey ini membuatkan ramai terhibur.

Balik sekolah tadi dia tanya soalan…

Bebey: Ibu boleh tak Bebey nak lahir semula??

Ibu: haa kenapa pulak??

Bebey: Kat sekolah tadi cikgu suruh tulis nama penuh kamu.. Bebey tulis laa NUR RAISHA IZZ ZARA..

Ibu: Wahh hebatnya Bebey tulis nama penuh.. Tapi kenapa pulak Bebey nak lahir semula??

Bebey: Yelaaa nanti bila ibu dah lahirkan Bebey semula ibu letak je nama bebey Zara kan ada 4 huruf jer tak ade laa lengguh tangan Bebey nak tulis panjang-panjang, kan simple je tu cepat siap tulis..

Menjengah di ruangan komen, Puan Wan Aziela turut berharap ‘kesilapan’ itu boleh dijadikan pengajaran buat semua.

Bukan pengalaman ibu ini sahaja, malah ramai yang meluahkan rasa yang sama.

Loading...

Leave a Reply