Lempar telur kepada senator rasis, remaja ini dihujani ucapan terima kasih dari rakyat Malaysia

Susulan insiden lempar telur kepada Senator Fraser Anning hari ini, akaun Facebook milik seorang remaja dihujani ucapan terima kasih dari seluruh rakyat Malaysia yang bangga dengan tindakan remaja tersebut.

Dalam insiden itu, remaja berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Will Connolly itu melempar sebiji telur ke kepala Anning sekaligus menaikkan kemarahan Senator Queensland itu.

Berikutan kejadian itu, Will telah ditahan oleh pihak berkuasa Melbourne namun tindakan berani beliau dipuji oleh orang ramai antaranya rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan semalam, Anning berkata serangan itu disebabkan penghijrahan pendatang Islam ke New Zealand.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, menyifatkan kenyataan itu sebagai ‘keji’ dan ‘hodoh’ dengan ‘tiada tempat di Australia’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *