Portal berita terbaik anda

Utama

Lelaki terpaksa jual tudung untuk beli susu dan pampers anak

Malam tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan lagi dua minggu sehingga 12 Mei ini.

Memahami kondisi negara yang sedang berjuang dengan pendemik Covid-19, hampir keseluruhan rakyat Malaysia akur dan patuh dengan arahan tersebut.

Namun, tidak dinafikan bahawa sumber pendapatan masing-masing terjejas teruk kerana kebanyakannya tidak dapat bekerja.

Menerusi satu posting di Facebook, seorang individu yang dikenali sebagai Alin Taharin telah memuat naik beberapa foto memaparkan seorang lelaki sedang menjual tudung di bawah panas terik matahari demi mendapatkan sedikit wang untuk membeli lampin serta susu buat anaknya.

“Terserempak dengan sedara ni di Petronas Seberang Jaya. Sedara ni bukan meminta tetapi menjual tudung demi keperluan anaknya. Keprihatinan anda membuktikan kemuliaan hati emas anda,” tulisnya.

Posting tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-rata terkesan melihat kesukaran lelaki itu mendapatkan wang untuk menyediakan keperluan keluarganya.

Loading...

Leave a Reply