Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Lelaki mengamuk tunggu 4 jam disuruh balik

PASTINYA ramai yang pernah mengalami situasi terpaksa menunggu lama ketika berurusan di mana-mana kaunter perkhidmatan. Kekurangan staff atau kekangan sistem sedia ada mungkin antara sebab kenapa sesetengah urusan mengambil masa terlalu sehingga menimbulkan kelewatan.

Namun tahap kesabaran seseorang itu ada batasnya apabila perlu menunggu lama di kaunter perkhidmatan.

Begitulah yang dialami oleh seorang lelaki ini yang terpaksa menunggu selama empat jam dari pukul 10 pagi sehingga 2 petang di pejabat kerajaan.

4 jam tunggu, suruh balik sebab tak cukup kakitangan?

Lelaki tersebut telah mengamuk di sebuah kaunter perkhidmatan kerajaan, kerana terpaksa menunggu lama untuk berurusan, namun setelah tibanya nombor gilirannya dia dimaklumkan perlu pulang dan datang semula kerana pejabat kekurangan pekerja.

Tindakan lelaki tersebut yang mengamuk di pejabat kerajaan telah dirakamkan oleh seorang individu dan kemudiannya telah memuat naik di Twitter. Video berdurasi 43 saat ketika kejadian tersebut telah tular di laman sosial.

Rakaman kejadian tersebut telah mendapat perhatian ramai, yang turut meninggalkan komen di posting tersebut. Netizen juga turut berkongsi pengalaman buruk ketika berurusan di kaunter perkhidmatan kerajaan.

Kurang manpower?

I can feel you bro!

Saya pun manusia jugak?

Leave a Reply

Theme by Anders Norén