Portal berita terbaik anda

Utama

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari feri di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Seorang penumpang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari sebuah feri ketika dalam perjalanan menghala ke arah Butterworth, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, penumpang yang masih belum dikenal pasti identitinya dikatakan terjatuh di 0.8 batu nautika Barat Laut berhampiran terminal feri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) jam 11 pagi berhubung kejadian itu.

“Kita dimaklumkan terdapat seorang penumpang dipercayai terjatuh ke dalam laut oleh Maritim Malaysia yang meminta bomba turut menghulurkan bantuan.

“Feri berkenaan dikatakan meninggalkan Terminal Pangkalan Raja Uda ke Terminal Pangkalan Sultan Abdul Halim,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kini digerakkan oleh polis, Maritim Malaysia dan bomba.

Loading...

Leave a Reply