Lelaki ditemui mati tertiarap dengan 2 tandan pisang

0
3262

MARANG – Seorang lelaki ditemui mati di belakang rumah seorang penduduk dipercayai seorang peniaga pisang di Kampung Tebakang, Bukit Payong di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira kira jam 4.30 petang, lelaki yang dianggarkan berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap namun punca kematian masih lagi belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

“Ketika ini, punca kematian dan motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis. Kita sudah mengenal pasti identiti suspek dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Terdahulu tular di laman sosial mengatakan mangsa terbabit dibelasah kerana mencuri pisang namun setakat ini pihak polis tidak dapat mengesahkan dakwaan itu kerana masih dalam siasatan.

Beliau berkata, siasatan lanjut kes berkenaan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here