Lelaki ditemui mati selepas hilang lebih 40 jam

322

SEORANG lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Bidor ketika melakukan kerja-kerja pemasangan paip di Ladang Sussec, Langkap, Teluk Intan kelmarin ditemui mati lemas pagi tadi.

Mayat Lim Kit Siang, 30, dijumpai oleh sekumpulan nelayan pada pukul 9.55 pagi kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd. Azroisan Wahab berkata, operasi yang memasuki hari ketiga disambung seawal pukul 8 pagi bermula dari Kampung Kloster ke lokasi mangsa terjatuh.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut dibantu unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat selain pencarian menggunakan dua buat bot aluminium.

“Pasukan SAR melakukan pencarian dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya ditemui sekumpulan nelayan kampung tersebut pada jarak dua kilometer dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohd. Azroisan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Seramai 43 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terlibat dalam operasi tersebut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11 pagi,” katanya.

Sumber: Kosmo Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here