Portal berita terbaik anda

Viral

Lelaki dikecam ganggu promoter jual minuman keras

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang berkongsi rakaman video mengganggu seorang gadis promoter menjual air minuman beralkohol di bahagian tidak halal di sebuah pasaraya dikecam warganet.

Sikap lelaki berkenaan terhadap gadis tersebut dianggap warganet sebagai kurang ajar dan tidak wajar.

Dalam video kurang 45 saat itu gadis berkenaan yang melakukan promosi air minuman beralkohol di bahagian tidak ditanggung halal kelihatan tenang berhadapan dengan provokasi yang dilakukan lelaki tersebut.

“Ni bahagian non-halal jual arak kau boleh tanya lagi amoi tu, nampak sangatlah tak cerdik,” kata Ahmad Muhedin di Facebook.

“Minah ni friendly, santai layan customer. Hanya mamat ni yg terover budget kononnya “aku lebih Islam”! Akhirnya jari tengah jugak yg engkau angkat ya? Hawau la lu!” kata K Adam Khaliq.

“Belajar dan faham betul-betul tentang Islam yang indah dan terbaik. Jangan cemarinya dengan perkara begini. Islam tidak ajar cara beginikan. Jangan cemari Islam. Sebarkan yang baik tentang Islam. Mudah-mudahan bangsa lain akan tertarik dengan kemurnian Islam,” kata Muda Meroh.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan antara lain mempersoalkan kewajaran gadis tersebut mempromosi arak kepada pelanggan. Gadis tersebut membalas dengan menjawab bahawa promosi dilakukan kepada pelanggan bukan Islam sahaja.

Lelaki itu juga turut tidak puas hati dan mempersoalkan gadis tersebut menggunakan bahasa Inggeris dengan berkata,” Boleh cakap Melayu? Ini bumi Melayu”. Gadis berkenaan kemudian membalas dalam bahasa Inggeris,”Adakah anda bersikap rasis?”

Rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam diakhiri dengan lelaki tersebut melemparkan kata-kata kesat terhadap gadis yang tenang dan hanya tersenyum berhadapan provokasi dan kata-kata kesat lelak tersebut. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply